'

RESIPI : KEK COKLAT MOIST (KUKUS)




BAHAN BAHAN UNTUK KEK

Bahan A
1 cawan serbuk koko (tak kisah jenama apa pun)
1 cawan gula pasir
1 cawan susu cair
1 cawan minyak masak
1/2 cawan susu pekat

Bahan B
1 1/2 cawan tepung gandum
1 sudu teh bikarbonat
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh esen vanilla
3 biji telur (suhu bilik)

CARA-CARA
1. Masak Bahan A dalam periuk sampai sebati. Api kecil. Sejukkan.
2. Pukul telur sampai betul2 kembang (lebih kurang 5 minit +++) kemudian masukkan bahagian A.
3. Masuk esen vanilla. Pukul sampai sebati.
4. Masuk bahagian B sedikit demi sedikit. (seelok2nya tepung, bikarbonat dan baking powder diayak bersama terlebih dahulu). Kacau sebati selama 5 minit +++
5. Masukkan adunan dalam loyang dan tutup permukaan kek dengan kertas foil. Papepun pastikan wap air tak boleh masuk dalam adunan.
6. Kukus selama 1 jam 10 minit dengan api yang sederhana. (pastikan air kukusan telah mendidih terlebih dahulu...) Jangan buka penutup kukus sampai cukup masa. 
7. Angkat...tunggu sejuk baru boleh potong. Kalau rajin boleh letak topping...


BTW, saya dah try resipi ni, memang best dan kek sangat moist. Kalau korang pernah beli coklat moist dalam bekas kecil yang harga RM4.50 somethings kat mana mana kedai, macam tu juga lah rasa dia.

credit to : facebook MASAK APA HARI INI

No comments:

Post a Comment