'

Resepi : Portuguese Egg Tart








Bahan untuk pastry:
1 gulung puff pastry

Bahan untuk sos kastard:
3 sudu besar tepung jagung
1 3/4 cawan susu
1 cawan gula kastor
1 batang kulit kayu manis
1/2 sudu teh esen vanila
6 biji telur kuning, dari telur saiz A


Cara untuk sos kastard:

1. Masukkan telur kuning, tepung dan gula di dalam mangkuk. Kacau dengan whisk sehingga sebati.
2. Dalam periuk berasingan, panaskan susu dan kulit kayu manis sehingga panas tetapi tidak mendidih. Keluarkan kayu manis dan tuangkan susu dalam mangkuk yang berisi adunan telur tadi dan teruskan kacau dengan whisk.
3. Masukkan kembali adunan ke dalam periuk. Masukkan esen vanila kemudian masak dengan api yang kecil sehingga pekat.
4. Angkat dan sejukkan di dalam mangkuk. Lekapkan permukaan sos kastard dengan plastic wrap supaya permukaan sos kastard tidak mengeras. Letak di dalam peti ais supaya sos kastard sejuk.

Cara untuk pastry:
1. Menggunakan ready made puff pastry yang sudah dikeluarkan pada suhu bilik.
2. Gulungkan puff pastry berukuran anggaran saiz kertas A4 seperti bentuk swissroll.
3. Potong puff pastry kepada bentuk bulat anggran tebal 1.5 cm.
4. Menggunakan roller, ratakan puff pastry tadi kepada bentuk bulat yg sesuai dimuatkan dia alam acuan pastry (dalam anggaran 2cm diameter).
5. Isikan dengan sos kastard separuh penuh. Bakar pada suhu 160 celcius selama anggaran 20 minit atau sehingga puff pastry masak sempurna dan ada kesan 'burn mark' pada custard.
6. Angkat dan sejukkan sebelum dihidang




credit to : FB Kelab Ibu Cantik

No comments:

Post a Comment