'

Resepi : Sotong Goreng Tepung Rangup




Bahan-bahan :

1) Sotong (ikut jumlah @ ikut saiz sotong)
2) 1 biji telur
3) 3 sudu besar tepung beras
4) 1 sudu besar tepung gandum
5) 1 sudu besar serbuk kari (optional)
6) 1/4 sudu teh garam
7) Serbuk lada putih
8) Minyak

Cara Memasak :

1) Cuci sotong dan toskan air.
2) Gaulkan sedikit garam dan serbuk lada putih pada sotong.
3) Masukkan tepung beras, tepung gandum dan serbuk kari. Gaul rata.
4) Celup sotong yang disaluti tepung ke dalam bekas telur yang telah dipecahkan (dipukul).
5) Gaul semula dengan tepung tadi.
9) Masukkan dalam kuali yang telah dipanaskan minyak.
10) Goreng sedikit-sedikit sehingga keemasan.

Tips :

1) Jangan masukkan sotong dalam jumlah yang banyak dan bertindih-tindih.
2) Pastikan sotong tenggelam dalam minyak. Pastikan minyak telah panas, kemudian sederhanakan api dapur.
3) Balikkan sotong apabila bahagian atasnya telah garing.
4) Angkat sotong yang telah masak/garing dan toskan di atas penapis (jangan toskan di atas tisu dapur)
5) Bila minyak sudah betul tos, barulah boleh letak di atas tisu dapur atau pinggan hidang.
6) Cicah @ Sedap dimakan dengan sos thai.


credit to : Resipi Masakan Terkini

No comments:

Post a Comment