'

Resepi : Kek Blueberry Lembut



Bahan-Bahan:

150 gram mentega
150 gram (3/4 cawan) castor sugar
2 biji telur, saiz B
265 gram (1 3/4 cawan) tepung naik sendiri
120 gram yoghurt
2-3 sudu besar susu full cream
100 gram (1 kotak kecil) fresh blueberry
gula aising, untuk taburan

Cara Penyediaan:

- Panaskan oven pada suhu 170 darjah celcius.
- Griskan tin pembakar dengan mentega cair dan lapik bahagian bawah dengan kertas baking. Saya gunakan tin bersaiz 8x8x3 inci.
- Pukul mentega yang telah dikeluarkan pada suhu bilik bersama gula castor di dalam mixing bowl sehingga sebati dan berwarna kuning pucat. Gunakan spatula jika bahagian bawah adunan melekat.
- Kemudian masukkan telur sebiji demi sebiji, juga esen vanilla dan teruskan pukul sehingga sebati.
- Masukkan tepung yang telah diayak sedikit demi sedikit dan diselang selikan dengan yoghurt sehingga habis.
- Kemudian masukkan susu. Kacau sehingga betul-betul sebati.
- Tuangkan di dalam tin pembakar dan bakar pada suhu 170 darjah celcius selama 35 hingga 40 minit.
- Angkat dan sejukkan di atas cooling tray. - Taburkan dengan gula icing untuk hiasan.

Tips:
Cucuk kek dengan lidi untuk memastikan kek masak sepenuhya. Jika lidi ditarik keluar bersih dan tidak melekat maksudnya kek sudah masak. Jika masih melekat adunan kek, teruskan membakar lagi.

Credit : che nom

No comments:

Post a Comment